Servis Pendaftaran & Penyediaan Dokumen Kontraktor
Kami uruskan permohonan MOF, STB, UPKJ dan CIDB untuk kontraktor lain. Caj servis bermula RM300; yuran kerajaan berasingan. Kami sendiri berdaftar dengan agensi yang sama.
Servis penuh hingga pendaftaran selesai: semakan kelayakan, penyediaan dokumen, pengisian dan penghantaran permohonan, serta susulan dengan agensi.
Pakej dan harga
Harga di bawah ialah caj servis Sejaung Enterprise. Yuran kerajaan dikenakan berasingan pada kos sebenar mengikut resit rasmi. Kelulusan ialah keputusan agensi dan tidak dijamin.
Pakej Penuh
RM1,300
MOF baharu + STB, UPKJ tambah Kepala (Kepala pertama) dan CIDB tambah kod (kod pertama).
Pakej UPKJ + CIDB
RM550
UPKJ tambah Kepala dan CIDB tambah kod (pertama). RM100 lebih murah daripada ambil secara berasingan.
MOF baharu + STB
RM900
Akaun MOF baharu (Enterprise) dan permohonan Status Bumiputera.
STB sahaja
RM450
Untuk syarikat yang sudah ada akaun MOF.
UPKJ tambah Kepala / Sub-Kepala
RM350
Kepala pertama. Tambah RM50 bagi setiap Kepala tambahan.
CIDB tambah pengkhususan
RM300
Kod pertama. Tambah RM50 bagi setiap kod tambahan yang dipohon serentak.
CIDB Dorman ke Aktif
RM350
RM550 jika bersama tambah kod. Termasuk pengisytiharan projek dan permohonan perubahan status.
Tidak termasuk: yuran kerajaan, kursus SKP, setem dan cop.
Proses
- Hubungi kami di WhatsApp atau isi borang minat.
- Kami beri sebut harga bertulis: caj servis dan anggaran yuran kerajaan.
- Deposit 50% caj servis. Anda tandatangan surat kuasa, akuan klien dan persetujuan PDPA.
- Anda serahkan dokumen ikut senarai semak, melalui WhatsApp atau e-mel terus.
- Kami sediakan dan isi permohonan. Anda semak dan sahkan draf akhir.
- Baki caj servis dan yuran kerajaan dibayar ikut sebut harga.
- Kami hantar permohonan dan buat susulan dengan agensi sehingga keputusan.
Senarai semak dokumen
Panduan sahaja. Jangan hantar dokumen melalui laman web ini.
MOF baharu (Enterprise)
- Borang Pengisytiharan MOF (kami sediakan, anda tandatangan dan cop)
- Surat Akuan Syarikat (Lampiran 11)
- Surat Perwakilan Kuasa, jika berkaitan
- e-Info SSM atau Petikan Pendaftaran Perniagaan terkini
- Penyata akaun bank semasa atas nama syarikat (akaun baharu: slip deposit)
- Lesen lain berkaitan kod bidang, jika ada
Status Bumiputera (STB)
- Dokumen MOF di atas
- Lesen Perniagaan dan Lesen Dagangan terkini
- Borang Pengesahan Akaun Bank & Penandatangan Cek (disahkan bank)
- KWSP Borang A dan resit bulan yang sama
- Peta lakar premis dengan mercu tanda (peta internet tidak diterima)
- Salinan IC pemilik berwarna, dipalang untuk kegunaan Kementerian Kewangan sahaja
- Perjanjian sewa bersetem atau bukti milikan premis, dan bil utiliti
- Carta organisasi bergambar
- Gambar premis luar (papan tanda kekal) dan dalam
UPKJ tambah Kepala
- Lesen Dagangan sah dengan aktiviti pembinaan (Kepala I–IV)
- PPK CIDB
- Bukti premis di Sarawak
- Bukti modal ikut Kelas (baki bank, ASB atau Tabung Haji)
- Rekod kerja: surat tawaran, SST dan BQ, sub-kontrak atau CPC. Jika tiada rekod: SKP atau sijil kursus
- Kad NIOSH atau Kad Hijau CIDB
CIDB tambah kod
- Salah satu: surat tawaran atau bukti siap kerja (dengan LA/PO), SKP CIDB bidang yang dipohon, atau sijil Orang Kompeten / pendaftaran agensi lain
CIDB Dorman ke Aktif
- LA/PO projek yang dianugerahkan dalam 3 tahun terkini
- Simpan dokumen asal selama 3 tahun untuk semakan CIDB
Soalan lazim
Adakah harga termasuk yuran kerajaan?
Tidak. Yuran kerajaan dibayar berasingan pada kos sebenar mengikut resit rasmi.
Adakah kelulusan dijamin?
Tidak. Kelulusan ialah keputusan agensi.
Berapa lama permohonan STB?
Bergantung pada agensi. STB melibatkan lawatan premis dan boleh mengambil masa sehingga 6 bulan.
Bagaimana bayaran dibuat?
Deposit 50% caj servis semasa mula. Deposit tidak dikembalikan selepas kerja bermula. Baki dibayar ikut sebut harga.
Jika permohonan ditolak kerana kesilapan kami?
Kami hantar semula sekali tanpa caj servis.
Adakah saya perlu beri kata laluan atau SoftCert di laman web?
Tidak. Borang di laman ini tidak meminta IC, kata laluan atau SoftCert.
Bagaimana data saya dilindungi?
Salinan dokumen ditanda untuk tujuan permohonan sahaja dan disimpan dalam folder khas bagi setiap klien. Apabila kerja selesai dan kedua-dua pihak berpuas hati, dokumen asal diserahkan semula kepada klien. Salinan hanya disimpan sebagai portfolio jika klien bersetuju; jika tidak, salinan dipadam. Lihat Notis Privasi.
Perlukah saya ambil kursus SKP untuk tambah kod CIDB?
Hanya jika tiada bukti kerja, Orang Kompeten atau pendaftaran agensi lain. Kos kursus (RM450 hingga RM1,000, pihak ketiga) tidak termasuk.
Borang minat
WhatsApp akan dibuka dengan maklumat anda. Tiada data disimpan di laman web.
Pendaftaran Sejaung Enterprise
ROB KPT/BNR/039/2022 · UPKJ Kelas E (UPKJ/W/022415) · CIDB G1 · Berdaftar MOF